Siapa peminat cerita Korea mesti dah tahu tentang Daging Bulgogi ni kan. Lepastu terus google Resepi Daging Bulgogi sebab teringin sangat nak makan.
.
Hari ni saya dan suami masakkan Daging Bulgogi untuk mak mertua. Sebab daging korban banyak, jadi daging bulgogi ni salah satu cara supaya semua orang suka makan daging dan cepat habis. Tak ada lah lauk tu jadi lauk berhari hari sampai kena panaskan berulang kali. Mesti korang faham kan.
Okay lah. Siapa nak cuba lauk kegemaran Kim Joong Kok ni boleh lah cuba.
Bahan-bahan:
500g daging dihiris nipis
Daun bawang dihiris
1 batang lobak merah dihiris
Bahan kisar:
2 biji epal / pear
1 biji bawang Holland
4 biji bawang putih
1 inch halia
Sos:
2-3 sudu sos soya ( saya guna jenama Taste Me)
2 sudu gula merah
2 sudu madu
1 sudu minyak bijan
Lada hitam kasar
Cara-caranya:
1. Perapkan daging dengan bahan kisar dan bahan sos, daun bawang dan lobak merah dalam satu mangkuk besar.
Gaul rata dan biarkan dalam 10 minit.
2. Grill daging atas kuali dengan sedikit minyak. Saya suka guna minyak zaitun untuk grill.
Siap.
Sedap kalau makan dengan nasi panas dan salad. Ratah dan wrap dengan salad sahaja pun boleh.
Silakan SHARE resepi ni biar ramai lagi tahu cara masak daging bulgogi yang simple dan sedap ni. 😊
Leave a Reply